KOLEKSI SAYA (Piring Hitam)

Gambar Hiasan -  A Ramlie
 Terdapat banyak jumlah lagu2 melayu klasik, lama dan moden dalam bentuk pita video, pita keset, piring hitam, cakera laser dan cakera padat dalam simpanan saya.Pada mulanya pernah terniat nak dihumbankan saja ke tong sampah tetapi perasaan sayang terhadap khazanah seni ini menebal maka disimpan begitu saja buat hiasan.Tetapi ruang bilik yang kecil tidak membenarkan ia disimpan lebih lama.Ada beberapa pita video dan keset telah mencecah usia melebihi 25 tahun hanya menanti masa dimamah usia dan terus hancur.

Sehingga ramai sudah rakan rakan saya yang mempunyai minat yang sama telah menterjemahkan koleksi mereka dalam blog blog mereka maka timbullah ilham untuk mengikuti jejak mereka.
Disinilah bermulanya saya menulis blog yang amat ringkasnya kerana saya bukanlah penulis dan sasterawan yang pandai menulis dengan panjang lebar.Cukup sekadar bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan.

Kalau masa mengizinkan beberapa lagu dalam setiap piring hitam yang ada dalam simpanan akan di "rip" untuk diperdengarkan,













                                  sebahagian rekod tanpa kulit


Gambar Hiasan - Rekod Azman Idris (atas) 
Gambar Hiasan - Sanisah Huri, Sharifah Noor dan Artis lain (bawah)



Comments